Selamat Datang Ke Laman Nurani Ibn Hussin

11/14/11

Percutian Cuti Sekolah ke Melaka 11.11.11

Walaupun Sekejap... Tp cukup bermakna...Seronok sangat dapat bersama isteri yang tercinta berjalan-jalan di kota Melaka, bandaraya bersejarah.

 Lepas Check in di Dreamz Hotel, Kami singgah dinner di Restoran Ikan Bakar Umbai, ermm.. tak berapa nak best sangat laa.. tapi ok laa. 
 Lepas makan, kami naik Melaka River Cruise, memang best dan mengujakan, bangunan2 lama dihiasi dengan Mural2 dan lampu2 yang cantik membuatkan perjalanan di atas Cruise selama 45 itu terasa begitu pantas sekali.
 Bangunan2 lama dan lukisan2 di dinding bangunan
 Pagi Sabtu 12.11.11, kami teruskan destinasi meneroka keindahan kota melaka, muzium kapal yg tersergam indah menceritakan tentang lokasi perdangan sewaktu zaman dahulu di kota ini. 
 Tembok pertahanan Melaka, masih lagi utuh walaupun sudah dijamah usia.

10/28/11

Keindahan Broga

Minggu Lepas, Saya berkesempatan untuk mendaki Bukit Broga bersama Nasir dan Ust Hafiz, perjalanan mengambil masa 45minit sahaja. Sungguh indah ciptaan Ilahi
Bebas Bagai Camar yang terbang

Super Heroes

Hamparan Luas

Mengah Tuu

Pancaran Petang

Subhanallah

Mentari di Ufuk Timur

Coming Back

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuhu,

Segala pujian bagi Allah, tuhan semesta alam, Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad S.A.W.

Hidup ini bagaikan roda, sentiasa berputar dan terus berputar sehingga ianya akan terhenti buat selama-lamanya... Hari ini, entah macam mana, setelah bertahun ku meninggalkan blog ni terbiar, tiba2 datang suatu semangat untuk hidupkan kembali blog ini.

Sudah tentu, kesunyianku selama ini sebenarnya mengumpul pelbagai story untuk diceritakan, almaklumlah..sekarang ini bukan lagi sendiri, tapi sudah berteman.. InsyaAllah, akan ku garapkan semua kehidupanku yg indah2 dalam blog ini untuk tatapan ku dan generasiku akan datang.